LOVE WHAT U DO, DO WHAT U LOVE



"KEKAYAAN YANG PERTAMA ADALAH KESIHATAN"

by Ida Hamdan
0138986273

Tuesday, 20 May 2014

KISAH KU

Sharing sikit dengan semua, sikit sahaja tak banyak.

"Aku Anak Kepada Seorang Ibu Yang Tabah, dan Aku Percaya Ibu juga Mahu 2 anaknya Menjadi Insan Tabah & beliau Layak Memilikinya"

Teringat satu saat dahulu, hidup ku bukanlah dari keluarga "ada-ada", kais pagi makan pagi, kais petang makan petang dan kais malam makan lah malam. Makan pun tak semewah mana, KFC aku kenal 3 bulan sekali rasanya, nak bergerak dulu totally memang mak aku pimpin 2 beradik ni naik bus @ salah sorang duduk dengan nenek :-) Itulah pengalaman. Aku bangga dengan mak banyak perkara tapi aku sangat bangga dengan mak bila beliau boleh pelihara 2 anak buah beliau sama. Jadi, mak aku ada 4 anak dalam masa yang sama iaitu abang aku (abg sepupu) & kakak aku (akak sepupu). 

:-) Dulu masa sekolah teringat aku & adik pernah dapat RMT kot namanya tapi 3 hari je lepastu Cikgu tarik balik, bila tahu ayah aku kerja Pegawai. Hakikatnya ayah aku tak tinggal dengan aku pun, ayah aku tak pernah jaga aku cuma aku bangga 1 dengan ayah aku dia tak pernah lupa kirim duit belanja bulanan kat mak aku. Aku anak Ibu yang ditinggalkan suaminya (mood TABAH). So RMT tu memang tak pernah dapat selepas 3 hari tu. Tragis hari2 mesti mak bawakan kitorang bekal g sekolah. Samada Nasi / Lain2 makanan dan air tak ketinggalan. Belanja kalau bawa bekal RM 0.50 if hari biasa, if ada kelas tambahan tambah lagi dalam lingkungan RM 0.70-RM 1.00. Sifat mak sentiasa ingin lihat kami sama rasa seperti orang lain. Rasa seperti orang lain. :-) Terima kasih mak

:-) Masa di sekolah menengah, belanja naik RM1.50 rasanya. Masa tu mak kerja berniaga nasi lemak tepi simpang masuk rumah. Kalau hari cuti aku dan adik akan bantu, selalunya aku dan adik bantu juga sementara tunggu bus datang, kitaorang tolong kemas-kemas tempt juala dan memang kitaorang tolong niagakan dulu. Alhamdulillah murah rezeki mak masa tu :-). Nak cerita masa sekolah menengah saya bukan lah pilihan cikgu untuk dapat BIASISWA. Teringat dan terkelu masa tu, nak kata tak layak, memang tak patut sebab sy antara orang yang boleh dikatakan cinta dan bagus dalam akademik di sekolah tu. Bila selidik2, cikgu tu datang jumpa mak kat tempat jual kuih, sebab cikgu tu kenal mak juga, cikgu tu kata "bapak budak tu dah senang, anak kamu pun bukan pandai sangat, bagi peluang kat orang lagi susah". Bila mak cerita kat aku dan adik, kitaorang terkelu dan sedih lah juga. Sedangkan dia tahu abah aku bukan duduk dengan aku dan belanja bulanan pun bukan banyak yang dia kirimkan. Sedangkan cikgu tu tahu dia bagi biasiswa dekat orang2 yang ada ayah, dan ayah budak2 yang dapat biasiswa ni semua kawan baik dengan dia. Jujurnya kat situ ada perasaan GERAM. Tapi mak kata Tak apa, anak mak belajar pandai-pandai soal duit mak usahakan. Syukur, rezeki mak sentiasa ada, mak tak pernah sempit, Allah betul2 sayang mak dan mudahkan mak. :-)

:-) Habis je SPM aku di offer untuk DIPLOMA MULTIMEDIA TEKNOLOGI di Politekni Ungku Omar Ipoh, namun aku tolak sampai abang sepupu aku kata mcam ni, kalau ayung terima ayung bawa kereta pergi sana. Hohoho... boleh pulak maacam tu kan. Masa tu kereta Proton Standard kereta kitaorang. Lepas je istikarah cinta aku terasa ingin buat keputusan sebab aku dapat offer juga untuk mendaftar di form 6. Masa tu tak pikir apa sangat, aku pikir nak cepat dapat DEGREE, so aku pilih form 6 sebagai stage aku untuk cepat dapat degree. Alhamdulillah masa di form 6, aku ditawarkan BIASISWA (tak minta pun form, cikgu tu datang jumpa aku dan bg form suruh aku isi, terasa hati kan, sooooo)... Bila dapat biasiswa Alhamdulillah sedikit sebanyak ringanlah juga tanggungjawab bulanan mak aku kat kami berdua ni. So, kami berdua ulang alik ke sekolah naik kereta masa tu, masa tu aku yang drive sebab adik tak ada lesen lgi... Ceritanya aku menjdi salah seorang "PELAJAR CEMERLANG SEKOLAH" masa tu. Wahhhh dapat Anugerah lagi, mak aku yang ambil dan naik pentas (hadiah utk beliau) sebab masa hari anugerah tu, aku dah di menara gading UMS Labuan International Campus :-) 

---> Cikgu kata anak Mak tak Pandai, tapi ayung Buktikan dan ayung tutup mulut Cikgu tu <---

Dan semasa di menara Gading aku biasa2 saja, namun last semester aku merasa juga ERTI DEKAN (anugerah Dekan). Syukur sedikit sebanyak menjadi hadiah utk ibu lagi setelah 3 tahun berjauhan dengan beliau... Dasyatkan anak mak yang orang tak pandang ni boleh dapat Dekan :-) 

Ok, Now aku dah capai Impian nak genggam title Akauntan seperti cita-citaku satu masa dulu. Memang dulu aku sentiasa buka mulut nak jadi Akauntan bila lepas study nanti dan sebab tu aku choose "ISLAMIC FINANCE" dalam list Pertama course untuk aku ambil di Universiti nanti dan TEPAT pilihan pertama ku memang UMS Labuan International Campus. Now aku memang seorang akauntan di sebuah syarikat swasta di ibu kota ni. :-) 

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi atas rezeki ini. Ameen.. 

Namun aku juga terlibat secara langsung sebagai DEALER SHAKLEE MALAYSIA :-)  Dan bila anda tanya cita2 saya yang sekarang, saya nak jadi suri rumah yang berduit.. Doakan saya ye...

:-) Anak Tabah semestinya untuk Ibu Tabah

Terima kasih mak...Jasamu dikenang

No comments:

Post a Comment